Rabu, 27 Ogos 2008
bertuah
tidak lama lagi, negara kita akan menyanbut kemerdekaan. betapa bertuahnya kita, duduk di bumi malaysia yang dilimpahi dengan keamanan dan kemakmuran. rezeki yang sentiasa melimpah ruah, makanan yang sentiasa mencukupi. kita tidak perlu risau pun apa yang akan kita makan esok kerana betapa makmurnya negara kita yang anan damai dan sentiasa dilimpahi dengan rahmat. kita dapat berhimpun dengan selamat tanpa perlu risaukan kita akan dibunuh beramai2 atau diusir keluar dari tanah kelahiran sendiri, Alangkah bertuahnya kita, dapat pergi ke sekolah dan belajar , bergembira dengan kawan2 tanpa perlu risau dan bimbang. Kita juga dapat duduk bersama ahli keluarga tercinta sedangkan ada saudara seagama kita di negara yang lain pilu dengan kehilangan ahli keluarga mereka yang dibunuh dengan kejamSedangkan saudara kita di palestin, tatkala kaki melangkah keluar dari rumah, bayang ajal sudah seolah sebati dengan diri mereka. sedih sekali.. tatkala aku lihat, saudara seagamaku, sebangsaku hilang akidahnya, hilang peganggannya.sedih sekali tatkala aku lihat, agama yang dperjuangkan selama ini sejak bergenerasi digadaikan, dipermainkan. sedih sekali aku melihat saudara seagamaku, senegaraku, semakin lama semakin jauh dari Tuhan. Ya Allah, andai aku pernah terleka dan tersalah, hanyut dibuai arus dunia, ampunkan salahku Ya Allah. Janganlah kau jadikan aku hambaMu yang KAu murkai. Lindungilah aku Ya Allah!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan