Selasa, 21 Oktober 2008

cinta tak bersyarat

tak ada sedikitpun sesalku
tak bertahan dengan setiaku
walau di akhir jalan
ku harus melepaskan dirimu,

ooo
ternyata tak mampu kau melupa
dalamnya cintaku yg hebat
hingga ada alasan
bagimu tuk tinggalkan setiamu,ooo

reff: demi nama cinta
telah kupersembahkan hatiku hanya untukmu
tlah kujaga kejujuran dalam setiap
nafasku
karna demi cinta
telah kurelakan kecewaku atas ingkarmu
sebab kumengerti cinta itu tak mesti memiliki

andai saja bisa kau pahami
layaknya arti kasih sejati
karna cinta yg sungguh
tiada akan pernah mungkin bersyarat, oooo

repeat reff
ternyata tak mampu kau melupa
dalamnya cintaku yg hebat

tinta setia

hari ini, aku rasa lebih tenang dan redha dengan semua yang berlaku. aku bisikan kat diri aku sendiri, hidup tak selamamya senang. bila susah, aku akan menghargai masa senang kan?? and smlm, bdak tue dah tahu, yang aku suka kat dia. aku tak tahu nak hadapi dia macam mana.. because of my foolishness(fall in love with him) i think both of us suffer.. this is only because of simple mistake- simple bagi aku, complex bagi dia kot.. and tahu tak macam mana rasanya kena tikam dari belakang oleh teman2 yang kau angap macam keluarga? demi Tuhan, rasanya sangat sakit.. aku dah tak larat nak menangis lagi dah.. aku pun jadi manusia yamg suka mengeluh..( wlaupun mgikut kata sorg hamba Allah tu, Tuhan tak suka orang yang mengeluh). bohongla kalau aku tak marah atas tindakan diaorang yang mengambil hak aku, tapi, kalau aku marah macam orang gila sekalipun,apa gunanya? sekadar menambah dosa, memburukkan keadaan lagi adalah, tapi, hati yang terluka ni, aku tak boleh nak tutup tau.. aku tahu, memutuskan silaturahim tu antara dosa besar, tapi, nak jadi eyena yang ceria macam dulu, tak boleh. eyena dulu dah mati. mati sebab dia manja sangat. dia terlalu bergantung pada orang lain sedangkan dia lupa, Tuhan adalah tempat pergantunggan yang baik.. yang santiasa mendengar dan mengerti.. and mr.m, aku mintak maaf sangat sebab semua ni berlaku, walaupun dah terlalu terlewat dan terlambat sebab kau dah pun bencikan aku and tak kan ada lagi walau secebis ruang kemaafan utk aku, aku mintak maaf. aku sayangkan kau n sampai bila2 pun aku sayangkan kau(sbg kawan baik). aku tak gila nak rampas kau dari gf kau n thanks 4 all the sweet memories.

aku akan jadi lebih kuat dan berdikari. aku dah potong pendek rambut aku,and segala perangai aku, aku nak tukar.. sayang diri anda, kalau tak, jadilah macam aku.. hehe..

wish me best of luck to a different person and manage to perfom well in the final.. assalam

Jumaat, 17 Oktober 2008

hari ini, semalam dan hari esok

Hari itu yang berlalu diri berlari mengejar bahagia, mengharap sinar lalu tersungkur rebah derita dan duka. Bangkit kembali dengan harap dan doa, tetapi tiba dipenghujung dengan sesal, hampa dan kecewa.Putus harap pada sinar itu sehingga belajar semula bagaimana untuk bermula, bertatih menerima ukiran taqdir atas sutera kehidupan.

Hari itu yang berlalu juga mengajar diri bagaimana untuk meminta meski tahu mungkin akan kecewa jua, tetapi hari itu juga yang menyedarkan diri bahawa meminta dan kecewa adalah ni'mat yang perlu dini'mati dengan sabar.

Hari itu yang berlalu juga menjadi bukti betapa diri ini lemah tiada berdaya, tak pernah mampu untuk hadapi apa jua yang tidak dicernakan melalui impian, namun hari itu juga yang mengajar bahawa inilah sutera kehidupan.

Hari itu yang berlalu tidak hanya sepi dihias duka tetapi hari itu yang berlalu DIA hadiahkan cinta itu pada penghujung sendu dan bulat kecewa.

Hari itu yang berlalu membuatkan takut untuk diri melukis impian pada langit nan indah itu kerana bimbang pelangi yang berpaut pada awanan kan sirna jua. Lalu cinta itu dibiar tanpa impian juga hiasan harapan, yang ada cuma serahan semula kepada DIA pemilik segala cinta.

Hari itu yang berlalu melahirkan seorang insan yang tidak punya impian dan mimpi untuk hidup, segala yang ada cuma perkiraan untuk kembali kepada tuhan, dan menanam harapan untuk bertemu dan bertatap wajah DIA pada esok hari.

Hari itu yang berlalu berbicara DIA bahawa cinta ini untuk disini perlu ku ukir sinar kasih padaNYA sebagai bekalan pertemuan kembali aku dan DIA, justeru cinta itu disimpan, lalu tumbuh bebunga harapan untuk ku sulam cinta itu dengan segala ada dengan sebuah ikatan.

Hari ini menyebabkan hari yang berlalu itu dirindui, kerana segalanya masih seperti akhirnya hari yang berlalu cuma cinta itu sudah mula disulam dengan segala perasaan menuju sebuah ikatan sebagai bekalan untuk bertemu tuhan, menatap dan berbicara dengan ar-rahman pada saat yang ditentukan..

Hari ini bebunga harapan mula mekar keindahan, hati mula diresap kebimbangan apakah bebunga yang mekar ini bakal di gubah elok memacu langkah menuju impian, ataukah akan berguguran jua kerana tewas jasad dan ruh tanpa cukup persiapan pada amalan.

Hari ini bersama seribu ketakutan masih tersimpan cinta itu, masih teranyam kasih itu menanti sebuah ikatan, agar terlengkap jua impian itu kelak menjadi bekalan untuk bertemu tuhan seperti mekarnya bebunga harapan...

Hari ini segalanya kuserah dan kusimpulkan dalam sebuah pasrah harap bernama doa, kerna biacaraNYa memintaku untuk terus meminta kelak akan DIA kabulkan jua..

Hari ini berteleku jua dengan segala impian, harapan, dan ketakutan bersama rantaian rintihan...

Hari ini menyebabkan diri tegar menghadapi hari esok...

Tuhan segalanya sudahku serahkan...

walau aku tak reti nak lafazkan kat ko, tapi, mengertilah

mencintai ko sangat memenatkan.sangat2. ko tahu tak, biar aku date dengan laki lain, ko jugak yang ada dalam kepala otak aku. ko jugak yang menghantui tidur aku.. membantutkan selera aku, mbuat segala2nya serba tak kena, sedangkan lo, berbahagia dengan orang yang lu sayangi, tapi aku.. masih kat sini, mencintai, tanpa rasa putus asa.. merindui walau aku cukup tahu, kau bukan milik aku.. untuk selamanya.. tapi cukuplah. cukuplah setakat in aku bermain mengikut rentak kau.. selama ni aku menari2 dalam permainan kau sedangkan, setiap irama itu sangat menyakitkan dan melukakan!! demi Allah, aku dah tak larat.. kau tahu tak, aku hilang diri sendiri.. aku dah jadi seperti kau, aku suka apa yang kau suka dan aku menyampah dengan yang kau tak suka.. kau tahu tah macam mana susahnya aku nak buang kau dari kepala otak aku in.. sampai aku rasa betul2 sesak dan rimas??kaulah lelaki pertama yang kubenarkan memegang jemari aku.. erat dan membahagiakan. setiap kali aku terpandang tanganku.. wajak kau yang perasan kiut dan meletup tu, spontan muncul dalam otak aku. dangan senyum selamber.. aku dah tak larat lagi......

serious.. cukuplah setakat nie. tmas yer.,, mengindah dan mewarnai hidup aku
kau macam pelangi yang hadir pas hujan,.. tengah aku aku down, kau muncul.. biarpun kejap jer tapi kehadiran kau sangat indah dan cantik kan??

maafkan aku kerana aku sangat mencintai kau..
insyaAllah, kau, aku lepaskan pergi
unpama mimpi yang sangat indah dan tak mungkin kembali..

ikhlas
insan yang dah nak bersara dari mencintai kau

hehe
berbahagialah yer
den
berhiduplah dengan baik

kalau kau bacer tulisan aku yang mengarut nie, mengertilah and pleaze treat me like your other friends.. lagipun kau janjikan- aku kawan baik kau, sampai bila2

semoga pshbtan yg ikhlas terjalin, kekal sampai bila2 coz aku tak sanggup kau hilang dari hidup aku

sahabat2 aku, family aku kat uitm

ya Allah satukanlah hati2 kami, kami bertemu dan berpisah keranamu, redhalah kau diatas ukuah kami keranaMu.. mudah2han kami sentiasa MencintaiMu

to haidar,shamila, sue, zilah and atiqah,.. im deadly sorry if i have done anything wrong and hurt your feeling. i love all of you

ukhwah fillah abadan abada'

kiut tak izat..


hehe.. a sexy picture huH??

miggu dan mungkin bulan yang agak menyedihkan

well, , dua hari lepas, seseorang yang sangat aku sayangi telah mmberi perkabaran yang buruk kat aku. Demi Allah, aku jadi down giler and my forum, was a disaster.. aku gagal kawal emosi aku n be a professional girl.. dan orang yang aku well cintai tue..bgtau pada masa yang sangat salah!! tapi aku dah perasan lama dah perubahan sikap 5 serangkai, cume aku tidak tahu aper salahku.. sehingga sekarang., saat aku menulis blog in., aku masih sangat sedih dan terasa sangat terkilan dengan perbuatan mereka itu, aku HANYA MANUSIA BIASA,.. and as a human being, aku mmg melakukan kesalahan.. tapi aku tak sengaja,, membuat hati2 yang sangat aku sayangi utk terluka. merekalah tempat aku mengadu kat sini, tempat aku mencurah kasih sayang.. tiba tiba menjauh.. demi Dia yang Menciptakan. aku sangat sayangkan mereka.. tiba2 rasa tidak diperlukan ine, ikhlas- sangat2 menyakitkan.. aku terasa sangat sunyi walaupun aku dah pun pujuk diri sendiri yang Tuhan akan sentiasa ada bersama aku, tapi, airmata in gagal kutahan jugak.. ia tetap menitis tanpa simpati.. rasa bagai menghiris2 membuat aku begitu hiba sekali.. hipokritkah aku??